10 Makanan Super Yang Berkhasiat Daripada Kale!

Adakah anda pernah dengar tentang sayur daun Kale?

Ia adalah sejenis sayuran berdaun hijau yang tergolong dalam keluarga kubis.

Kale sememangnya bintang utama dalam kesihatan dan kecergasan. Program mengurangkan berat badan sentiasa menjadikan ia sebagai tumpuan utama.

Walaubagaimanapun, Kale sebenarnya bukanlah sayur yang paling sihat berdasarkan penyelidikan yang terbaru.

Baru-baru ini, CDC ( Centers for Disease control and prevention) telah menjalankan kajian terhadap 47 makanan super bagi sayur-sayuran dan buah-buahan berdasarkan ketumpatan nutrisinya. Ia sangat mengejutkan bahawa KALE  hanya mendapat tempat ke 15 dalam senarai ini yang mana kadar ketumpatan nutrisi bagi sayur KALE hanya mencapai 49.07 sahaja.

1. Collard Greens

Skor ketumpatan nutrisi: 62.49

Collard Green sangat kaya dengan Vitamin K, Vitamin A dan Vitamin C. Collard greens juga banyak membantu dalam aspek kesihatan terutamanya dalam sistem pencernaan kerana mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

Apabila memilih collard greens di kedai, carilah yang mempunyai warna hijau yang pekat serta elakkan daripada memilih daun yang berwarna kekuning-kuningan atau keperang-perangan. Cara terbaik untuk memakannya ialah dengan menjadikan hidangan anda seperti salad atau anda juga boleh melakukan proses steam selama 5 minit paling maximum.

2. Romaine Lettuce (SALAD ROMAINE)

Skor ketumpatan nutrisi: 63.48

Kaya dengan vitamin A, vitamin K, and folat,

Romaine lettuce sangat berguna dalam penjagaan kesihatan diri kita terutama sekali dalam menurunkan paras kolesterol dalam darah. Romaine Lettuce ini sangat baik kepada pesakit yang menghidap penyakit Dyslipidemia (tinggi kolesterol dalam salur darah arteri)

Apabila anda mencari Romaine Lettuce di pasar sayur atau supermarket, pastikan anda memilih daun yang segar dan bersih yang tidak mempunyai tompok-tompok gelap ataupun yang berlendir. Di hujung daun ini sepatutnya bebas daripada perubahan warna. Untuk menyediakannya: keluarkan daun luar, cuci sehingga bersih dan makan secara mentah (salad) atau steam bagi mendapatkan sumber nutrisinya yang maximum!

3. Parsley (Pasli)

Skor ketumpatan nutrisi: 65.59

Kaya dengan zat besi, vitamin K, and vitamin C, parsley juga dapat melindungi badan kita daripada penyakit rheumatoid arthritis.

Apabila memilih, sentiasa pilih pasli yang segar daripada herba yang kering kerana ia mempunyai rasa yang tiada tandingan. Pilihlah pasli yang mempunyai warna hijau mendalam dan elakkan pasli yang mempunyai daun sedikit. Pasli mempunyai rasa yang kuat dan sangat baik untuk dicampurkan dengan lauk yang panas kerana perisanya dapat bertahan dalam haba.

4. Leaf Lettuce (Daun Salad)

Skor ketumpatan nutrisi: 70.73

Kaya dengan vitamin A, potassium, and vitamin C, daun salad ini sangat dikenali dengan zea-xanthin karotenoid melawan kanser.

Ada banyak kepelbagaian daun salad, seperti butter-head, crisp head, and loose-leaf,anda tidak salah mengunakannya. Daun salad seharusnya sentiasa segar, tanpa ada sebarang tompok atau parut berlendir. Beli dan basuh menggunakan air untuk membuat salad atau campurkan bersama-sama smoothie hijau. Anda pasti tidak akan menyesal.

5. Chicory

Skor ketumpatan nutrisi: 73.36

Ia sangat kaya dengan vitamin B6, mangan (manganese), dan folat.

Chicory  sangat baik untuk membantu sistem pertahanan badan (imunisasi).

Semasa memilih sayur ini, pastikan anda memilih daun yang berwarna gelap untuk memaximumkan sumber nutrisinya.

Cara terbaik untuk menyediakan sayur ini adalah dengan mendidihkannya untuk beberapa minit sahaja bagi mengurangkan kepahitannya. Walaubagaimanapun, wanita yang sedang hamil atau mengandung tidak digalakkan untuk memakan sayur ini secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan haid.

6. Bayam

Skor ketumpatan nutrisi: 86.43

Sayur bayam kaya dengan magnesium, vitamin B2, and vitamin B6. Ia sangat dikenali dengan faedah anti-radangnya.

Sekiranya anda ingin membeli bayam, pastikan anda membeli bayam yang kelihatan segar dan bukannya yang layu atau mempunyai warna kekuningan. Seperti sayu-sayuran yang lain, warna hijaunya perlu lah kelihatan segar dan mendalam.

7. Beet Green

Skor Ketumpatan Nutrisi :87.08

Mengapa ia harus menjadi pilihan anda? Sangat mudah! Kerana ia mempunyai vitamin C, copper, and zat besi yang tinggi. Beet Green ini sangat dikenali kerana mampu memberikan pelbagai jenis nutrisi dalam badan kita.

Untuk memilih Beet Green, pilihlah Beet Green yang kecil berbanding yang besar, dan lebih keras. Elakkan daripada membeli Beet Green yang mempunyai lebam, pecah atau yang kelihatan layu. Beet Green boleh dididihkan kerana ia akan membebaskan asid dan menyebabkannya mempunyai rasa yang manis.

8. Chard

Skor Ketumpatan Nutrisi: 89.27

Chard sangat kaya dengan vitamin A, vitamin K, and vitamin C. Swiss chard sangat dikenali dengan kebolehannya untuk merendahkan kadar gula dalam darah (sangat sesuai bagi pesakit kencing manis).

Untuk memilih swiss chard, pastikan sayur ini berwarna hijau dan diletakkan di tempat yang sejuk.  Ini adalah bagi memastikan chard kekal ranggup dan manis. Ini adalah salah satu sayur yang unik yang boleh dididihkan tetapi hanya dalam 2-3 minit sahaja bagi mengelakkan pengurangan terlalu banyak nutrisi.

9. Kubis Cina

Skor Ketumpatan Nutrisi: 91.99

Tempat kedua dalam senarai makanan super ini ialah kubis cina.

Kubis cina sangat kaya dengan fiber, potassium, and vitamin B6, ia adalah makanan yang sangat dikenali sebagai makanan yang melawan kanser glucosinolates. Apabila membelinya, kepala kubis ini seharusnya dalam keadaan tegang dan tumpat dengan daun yang bersinar. Makan kubis secara mentah atau stimkan selama 7 minit (paling maksimum) sebelum dihidangkan.

10. Watercress

Skor ketumpatan nutrisi: 100

Sesungguhnya watercrass layak dinobatkan sebagai juara makanan super yang hebat. Watercress sangat kaya dengan vitamin C, vitamin B6, and beta-carotene. Ia sangat terkenal dengan keupayaan dan kebolehnya untuk melindungi jantung kita daripada pelbagai jenis penyakit. Berbanding dengan kale, watercress ini mempunyai 2x ganda lebih tumpat nutrisinya. Jadi, tidak hairanlah mengapa ia merangkul tempat yang pertama dalam senarai makanan super ini!

Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan konsisten, kami mengalu-alukan anda untuk bersama-sama dengan kami dalam program Cabaran 15 Hari Lose Weight di mana anda boleh menurunkan lemak badan anda sehingga 7kg – 10kg dalam tempoh 15 Hari sahaja… Klik Di sini…

Leave a Reply

×

Cart