Amalkan Memakan 10 Jenis Makanan ini untuk Membakar Lemak Perut Anda Dengan Cepat!

Makanan yang membakar lemak adalah satu tambahan hebat kepada diet atau program menurunkan berat badan anda. Ia sangat penting ketika anda berusaha untuk menurunkan berat badan kerana apabila kita bercakap tentang membakar lemak di perut dan membina otot, 80%  daripadanya lebih bergantung kepada diet dan 20% adalah senaman.

bakar lemak

Pernahkah anda mendengarnya sebelum ini? Ianya 100% benar. Anda boleh saja melakukan crunches setiap hari. 

Tetapi, jika cara pengambilan makanan atau diet anda tidak betul, maka impian untuk mempunyai six-packs hanyalah ibarat mimpi di siang hari. 

Sekiranya anda mengimpikan untuk mempunyai six-packs, faktor utama yang perlu diambil kira adalah mengamalkan makanan yang seimbang.

Sebagai tambahan kepada diet yang penuh dengan makanan pembakar lemak, amat penting juga untuk anda mengurangkan makan makanan yang manis dan diproses. 

Bahan-bahan yang berbahaya dan toksik dalam makanan ini akan menyebabkan penambahan berat badan dan pelbagai masalah lain.

Jom, kita lihat dan baca 10 senarai makanan di bawah yang boleh membantu membakar lemak di perut anda.

1. Oat

Oat adalah salah satu karbohidrat yang sihat dan boleh membantu anda untuk membakar lemak dalam badan! 

Oat seperti whole oats dan rolled oats (bukan oat segera yang telah diproses) mengandungi serat yang sihat dan karbohidrat yang baik untuk membekalkan tenaga yang lama dan berterusan sepanjang hari. 

Oat yang kaya dengan bijirin penuh dan serat mampu membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan jantung malahan ia juga sangat membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah kita.

Anda perlu mencuba untuk jadikan oat sebagai asas sarapan pagi anda bersama-sama dengan buah-buahan pada waktu pagi. 

Ia akan membuat anda merasa kenyang sehingga makan tengah hari! 

Anda tidak perlu meletakkan gula, tetapi anda boleh menambah medium pemakanan yang lain seperti kacang, benih chia, serbuk kayu manis atau serbuk protein (whey protein).

2. Telur

Saya pasti anda pernah mendengar perkongsian mengenai hanya dengan makan putih telur sahaja sekiranya ingin menurunkan berat badan. 

Kolesterol dalam pemakanan pernah dipercayai menjadi punca di sebalik peningkatan tahap kolesterol dalam darah kerana kurang kajian saintifik yang dijalankan pada masa lalu. 

Sekarang kita tahu bahawa sebenarnya ianya lemak tepu dan lemak trans.

Menurut beberapa kajian, telur telah terbukti meningkatkan kolesterol yang baik, menurunkan kolesterol yang jahat, dan ianya mengandungi pelbagai nutrien penting untuk tubuh. 

Ianya adalah sumber protein yang hebat dan mengandungi jumlah biotin yang tinggi, yang telah ditunjukkan untuk memperbaiki kulit, rambut, kuku, dan mata. 

Anda boleh memasak telur bersama avokado yang segar dengan minyak kelapa untuk sarapan pagi yang sihat. 

Cuba untuk membeli telur yang segar dari ladang kerana dipercayai ianya mengandungi lebih banyak Omega 3s.

3. Cayenne Peppers

Lada Cayenne secara khusus mengandungi bahan yang dipanggil capsaicin yang menjadikan rasanya sangat pedas. 

Ini menyebabkan thermogenesis, yang merupakan satu proses yang berlaku apabila badan sejuk dan membakar lemak untuk kembali kepada suhu yang lebih panas. 

Ia berlaku apabila capsaicin yang mengikat reseptor haba apabila lada ini dimakan. Itulah sebabnya anda selalu dengar cili ini sebagai pembakar lemak. 

Makan lada atau makanan pedas juga telah dibuktikan untuk meningkatkan metabolisma dan membantu mengawal selera makan.

4. Avocado (Buah Lemak)

Ramai orang percaya bahawa perlu elakkan makan buah avokado semasa ingin menurunkan berat badan kerana dipercayai ianya mengandungi lemak yang tinggi. 

Ini sebenarnya tidak tepat. Walaupun ianya tidak digalakkan untuk dimakan terlalu banyak setiap hari, lemak sihat masih penting untuk diet yang sihat dan seimbang supaya ianya benar-benar membantu anda mengurangkan lemak. 

Avokado memberikan lemak yang sihat, serat, dan asid folik. Ia juga membantu anda mengawal selera makan anda agar tidak makan secara berlebihan.

5. Kacang Badam

Satu lagi sumber lemak yang sihat dalam senarai kacang adalah kacang badam atau almond nuts. Badam yang terkandung dalam snek boleh membantu mengurangkan lemak perut dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. 

Ia telah dibuktikan dapat mengurangkan kolesterol, membantu fungsi otak, mencegah serangan jantung, dan menguatkan tulang dan gigi. Sebagai pilihan, anda boleh memilih untuk makan kacang badam tanpa garam apabila perlu. 

Jika anda berminat untuk membeli kacang badam, anda boleh klik di sni…

6. Lemon

Seperti yang anda tahu, lemon sangat kaya dengan antioksidan. Lebih khusus lagi, jus lemon membantu untuk menyingkirkan toksin badan. 

Apabila anda membersihkan badan daripada toksin, anda lebih mudah untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak di perut. 

Apabila anda mempunyai sistem pencernaan yang bersih dan sihat, ianya akan memastikan bahawa tubuh anda menerima semua nutrien yang diperlukan daripada makanan yang anda makan. 

Cuba segelas air panas dengan 1/2 jus dari lemon apabila anda bangun pada waktu pagi dan sebelum anda tidur pada waktu malam.

7. Daging tanpa lemak (Leans meat)

Daging tanpa lemak seperti dada ayam, daging merah, dan salmon menyediakan sumber protein yang sangat baik dan juga mempunyai pelbagai nutrien yang lain. 

Pilihan yang terbaik untuk daging tanpa lemak adalah salmon wild Alaskan ,ayam organik, dan daging lembu (yang diberi makan rumput)

Salmon adalah pilihan yang terbaik kerana ia juga mempunyai lemak yang sihat (omega 3s) yang boleh kita gunakan dengan lebih banyak lagi di dalam diet kita! 

Anda boleh menambah beberapa daging tanpa lemak ke dalam resepi salad anda atau masak dengan beberapa sayur-sayuran dan bijirin untuk menu makan malam yang seimbang.

8. Dark Leafy Greens

Sayur-sayuran berdaun gelap adalah sangat baik untuk kesihatan anda dan mengandungi nutrien antioksidan, nutrien anti-kanser, dan nutrien anti-radang. 

Ianya sangat kaya dengan serat dan rendah kalori. 

Anda boleh cuba jadikan ia jus, memakan mentah atau memasaknya. 

Anda perlu mengambil makanan ini dalam jumlah yang banyak untuk kesihatan anda.

9. Quinoa

Quinoa mengandungi asid amino penting untuk menjadikannya protein yang lengkap. 

Ini adalah sesuatu yang tidak pernah di dengari dalam kumpulan bijirin, dan quinoa secara teknikal bukan bijirin, cuma ianya hampir serupa dengan proses memasak nasi. 

Ianya juga mengandungi antioksidan, merupakan sumber karbohidrat yang sihat, dan bebas gluten.

10. Buah Epal

An apple a day can keeps the doctor away“. Peribahasa ini sangat popular dalam kalangan orang barat kerana bersebab. 

Epal adalah salah satu buah yang paling sihat di planet ini, mengandungi antioksidan, vitamin, mineral, dan juga pectin  (yang telah ditunjukkan untuk mengurangkan rasa lapar). 

Epal boleh dijadikan “makanan ringan” kerana ianya sangat sihat dan membantu anda untuk sentiasa merasa kenyang walaupun anda banyak mengeluarkan tenaga untuk aktiviti ringan.

Jika anda inginkan penurunan berat badan yang PANTAS dan SIHAT serta bersedia untuk membina beberapa tabiat pemakanan sihat Seumur hidup anda, Cabaran 15 – Hari Lose Weight kami adalah sumber yang hebat dan harus ada dalam amalan hidup anda !.

Ramai orang telah kehilangan dalam purata 5 – 7 kilogram dalam 15 hari dan benar-benar menyukainya! kami telah menerima Maklum balas yang positif dari orang-orang tentang bagaimana program itu mengajar mereka cara mengubah kebiasaan makan mereka dan mencari diet yang benar-benar berfungsi untuk mereka dalam jangka panjang.

Kami mempunyai lebih daripada 1,000 orang dalam kumpulan sokongan peribadi dalam program ini, dan mereka berkongsi pengalaman, hasil, motivasi, dan banyak resepi! Jika anda sudah bersedia untuk membuat beberapa perubahan dalam hidup anda, ini adalah tempat yang TEPAT dan HARUS anda mulai bermula dari sekarang. Kami akan mengajar anda dengan tepat bagaimana membuat perubahan yang sepatutnya dalam diet dan gaya hidup anda. Klik DI SINI untuk memulakan Cabaran 15 Lose Weight – Hari  anda hari ini!

Leave a Reply

×

Cart