10 Manfaat Matcha Green Tea untuk Kesihatan

Tahukah anda minuman teh merupakan minuman kedua paling popular di dunia selepas kopi?Baru-baru ini saya selalu nampak ramai yang meminum Teh Hijau, dan ini membuatkan saya tertanya-tanya, apa sebenarnya fenomena teh hijau ini dan dari mana sebenarnya ia datang. Selidik punya selidik, akhirnya saya dapat tahu nama sebenar teh hijau ni ialah Matcha Green Tea.

green tea

Apakah Itu Teh Matcha? Teh ini mendapat ciri-ciri uniknya daripada cara ia tumbuh. Tiga ke empat minggu sebelum daun Teh Matcha ini di petik, pokoknya akan di tutup dengan canvas yang mempunyai lubang-lubang yang kecil. Keadaan ini akan menjadikan pokok matcha ini tumbuh dalam keadaan yang redup. Disebabkan oleh itu, daun matcha yang kekurangan cahaya matahari ini terpaksa menghasilkan klorofil yang lebih untuk menangkap cahaya matahari yang sedikit. Daripada process inilah maka teh matcha mendapat warna hijau pekatnya, menarik bukan?

Teh Matcha asli berasal dari Jepun, akan tetapi kebanyakan teh Matcha yang boleh dijumpai di Malaysia datang dari Thailand kerana harga teh Matcha dari Jepun lebih mahal sehingga 3 ke 4 kali ganda daripada Teh Matcha Thailand. Perbezaan harga juga membawa kepada perbezaan kualiti. Semakin mahal harga teh matcha,semakin tinggi kualitinya. Kualiti teh matcha boleh di lihat pada kepekatan warna hijaunya, lagi pekat hijaunya, lagi tinggi kualiti teh Matcha itu.Tahukah anda? … “Segelas Matcha Green Tea mempunyai faedah yang sama dengan 10 gelas Teh Hijau yang biasa” Di sini kami akan kongsikan kepada anda 10 manfaat kesihatan yang hebat dari Matcha Green Tea!

1. Menurunkan Berat Badan

Disebabkan kadar kandungi klorofil yang tinggi, teh matcha amat bagus untuk dijadikan sebagai amalan harian  untuk detox kerana ia juga dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan serta membakar lemak. Ia juga lembut pada usus dan tidak meningkatkan  kadar denyutan jantung seperti meminum kopi dan minuman tenaga ( Redbull). Matcha juga mempunyai ciri-ciri thermogenic yang meningkatkan kadar pembakaran lemak semulajadi badan. Bukan itu sahaja,matcha juga dapat membantu mengurangkan nafsu makan atau craving kita pada gula dan karbohidrat. Secara tidak lansung , membuatkan badan kita rasa kurang lapar dan ini menjadikannya minuman ideal untuk orang yang mempunyai keinginan untuk mengurangkan berat badan

2. Antioksidan

Proses penapisan matcha menjadikan ia kaya dengan antioksidan, klorofil. Nutrien ini membantu dengan selamat membersihkan dan menyingkirkan toksin dalam badan.

3. Anti Kanser

Pembentukan radikal bebas adalah salah satu faktor utama dalam penuaan pra-matang. Ianya disebabkan oleh pelbagai sumber, termasuk diet dan tahap stress anda. Tahap antioksidan Matcha (pemusnah radikal bebas) adalah:

  • 6.2 kali ganda daripada Goji Berries
  • 7 kali ganda daripada Coklat
  • 17 kali ganda daripada wild blueberries
  • 60.5 kali ganda daripada bayam

4. Untuk konsentrasi dan meningkatkan daya ingatan

Matcha mengandungi L-Theanin, amino acid yang bagus untuk kesihatan badan. Ia juga membantu untuk menguatkan ingatan dan fokus. Berbanding dengan kopi, Matcha mempunyai kadar L-Theanin yang tinggi, disebabkan oleh itu, tenaga yang dihasilkan oleh matcha tidak membuatkan seseorang itu mengigil berbanding dengan kalau kita minum minuman seperti kopi atau minuman tenaga(Red Bull dll).

5. Menjadikan senaman lebih efektif

Bersenam adalah sukar, tetapi matcha menjadikannya lebih baik dalam 2 cara:

  1. Kajian telah menunjukkan bahawa senaman selepas minum teh hijau matcha menyebabkan 25% lebih pembakaran lemak semasa latihan!
  2. Matcha akan memberi anda tumpuan dan kecekapan yang lebih tinggi, jadi anda boleh mendorong diri anda untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh sekiranya ingin mengurangkan berat badan.

6. Menguatkan sistem Imun

Sistem imun kita akan berdepan dengan pelbagai virus atau bakteria setiap hari. Matcha Green Tea anda akan membantu untuk mengelaknya. Kerana kandungan antioksidan dan catechins yang tinggi , semakin banyak yang anda miliki, semakin kuat badan anda untuk melawan jangkitan dari sebarang penyakit.

7. Rasa yang hebat

Klorofil dan amino asid memberi matcha rasa yang unik, segar, astringent taste, diikuti dengan rasa manis yang berpanjangan. Ianya boleh menambah rasa dan warna teh hijau ciptaan anda, sama ada smoothie, latte, sos yang sedap, atau paste.

8. Meningkatkan kesihatan kulit

Antioksidan yang sama dengan teh hijau biasa, mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG). Ianya boleh membantu menyokong kesihatan kulit dengan mengurangkan keradangan dan radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit.

9. Anti-Penuaan

Masyarakat Okinawa di Jepun dikenali sebagai masyarakat yang paling banyak dilihat sentiasa kekal awet muda. Ini disebabkan masyarakat Okinawa sebahagiannya dikaitkan dengan pengambilan teh hijau secara kerap yang menyebabkan kebanyakan mereka kekal awet muda walaupun sudah berumur.

10. Memberikan anda tenaga berpanjangan

Kafein amat baik, tapi kadang-kadang ianya boleh menyebabkan kegelisahan dan rasa tidak bertenaga apabila mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Perkara yang menarik mengenai matcha ialah ianya mengandungi asid amino L-Theanine, yang membantu mengimbangi kafein. Asid amino dikenali untuk membantu dengan mewujudkan rasa ketenangan dan mengelakkan rasa mengantuk.

Sebagai penutup, saya syorkan anda untuk mencuba minuman Matcha Green Tea ini. Ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan tetapi ianya juga mempunyai rasa yang sedap dan enak.

Jika anda inginkan penurunan berat badan yang PANTAS dan SIHAT serta bersedia untuk membina beberapa tabiat pemakanan sihat Seumur hidup anda, Cabaran 15 – Hari Lose Weight kami adalah sumber yang hebat dan harus ada dalam amalan hidup anda !.

Ramai orang telah kehilangan dalam purata 5 – 7 kilogram dalam 15 hari dan benar-benar menyukainya! kami telah menerima Maklum balas yang positif dari orang-orang tentang bagaimana program itu mengajar mereka cara mengubah kebiasaan makan mereka dan mencari diet yang benar-benar berfungsi untuk mereka dalam jangka panjang.

Kami mempunyai lebih daripada 1,000 orang dalam kumpulan sokongan peribadi dalam program ini, dan mereka berkongsi pengalaman, hasil, motivasi, dan banyak resepi! Jika anda sudah bersedia untuk membuat beberapa perubahan dalam hidup anda, ini adalah tempat yang TEPAT dan HARUS anda mulai bermula dari sekarang. Kami akan mengajar anda dengan tepat bagaimana membuat perubahan yang sepatutnya dalam diet dan gaya hidup anda. Klik DI SINI untuk memulakan Cabaran 15 Lose Weight – Hari  anda hari ini!

Leave a Reply

×

Cart