10 SEBAB UTAMA ANDA HARUS DETOX BADAN ANDA

Anda harus membuang toksin daripada badan anda sekerap mungkin kerana ia amat penting untuk kesihatan anda.

Mengapa detox?

Badan kita menjadi sarat dengan toksin yang disebabkan oleh pelbagai  faktor dalaman dan luaran contohnya seperti makanan tidak sihat dan persekitaran yang berbahaya.

Ia amat penting untuk mengeluarkan semua toksin ini daripada badan kita dengan kerap untuk memastikan sistem dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik.

Tanda-tanda biasa apabila badan kita berlebihan dengan toksin adalah:

  • cepat letih
  • berat badan berlebihan
  • tindak balas kulit (ruam dan jerawat)
  • sembelit
  • nafas berbau

Terdapat dua sumber utama toksin yang mempengaruhi badan kita setiap hari; 

Toksin Persekitaran

Ini adalah toksin di luar badan. Antaranya ialah  racun perosak, karbon monoksida, dan bahan kimia lain yang disentuh setiap hari.

Toksin metabolik

Toksin ini berada dalam badan kita. Ini boleh berlaku melalui pelbagai jenis mekanisma tetapi idea utamanya ialah toksin ini dimakan dan diserap ke dalam sel badan  pencernaan.Apa itu Detox?Anda boleh melakukan detox dalam pelbagai cara tetapi sebab utamanya ialah mudah saja-untuk mengeluarkan toksin daripada badan kita. Ini boleh dilakukan melalui pengawalan diet pemakanan, senaman, menghirup udara segar dan memakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum banyak air. Detox boleh memberikan hasil yang dramatik pada kesihatan anda secara menyeluruh dan bagaimana anda rasa.10 SEBAB UTAMA ANDA HARUS DETOX BADAN ANDA

1. Tenaga Muda

Detoksifikasi badan anda untuk mendapatkan tenaga muda anda!

Adakah anda masih ingat tenaga yang anda rasai pada masa anda masih muda remaja? Tenaga yang sepertinya tidak pernah habis dan sentiasa membuatkan anda rasa bersemangat untuk melakukan lebih banyak aktiviti?  Program detox boleh membantu anda untuk mendapatkan sebahagian perasaan anda itu kembali! Salah satu manfaat yang anda boleh raih melalui detoksifikasi badan ini ialah ia meningkatkan tahap tenaga anda.

Dengan memotong bahan kimia seperti gula, lemak yang dihidrogenasi, makanan berlemak dan minuman tenaga yang berbahaya (semua ini memudaratkan kesihatan anda) dan menggantikannya dengan air, sayur-sayuran dan buah-buahan segar, ia dapat memberikan hasil dramatik yang tinggi terhadap tahap tenaga semula jadi dalam badan anda.

Perubahan yang anda akan mula lihat dalam hidup seharian anda:

  • Anda akan bangun dan rasa bertenaga untuk memulakan hari anda
  • kurang mengalami keletihan pada waktu tengah hari
  • mempunyai keinginan untuk mencuba pengalaman baru daripada duduk terperuk di dalam rumah sahaja.

2. Meningkatkan Tahap Kejelasan Mental

Sebenarnya, kesihatan pencernaan dan kognitif ini mempunyai kaitan di antara satu sama yang lain.  Apabila anda meningkatkan kesihatan anda secara menyeluruh, anda akan mulai menyedari bahawa pemikiran anda semakin jelas. Makanan yang dilabelkan sebagai sesuatu yang menyebabkan radang bukan sahaja akan mempengaruhi organ dan usus tetapi juga otak anda. Kebanyakan orang yang terlepas pandang akan fakta yang sangat penting ini; Keradangan daripada makanan berlaku di dalam badan dan juga minda anda.

Sebaik sahaja Anda mengeluarkan gula dan makanan berlemak daripada diet pemakanan harian anda, Anda Akan mula melihat perbezaannya: anda akan mula berfikir dengan jelas dan mood anda akan semakin baik hasil daripada proses detoksifikasi.

Perubahan yang anda akan mula lihat dalam hidup seharian anda:

  • kurang berasa fikiran kusut, terutamanya waktu tengah hari
  • dapat fokus Dan perhatian terhadap perincian dalam tugasan harian
  • menguatkan sistem imun badan

3. Buang toksin dalam badan dengan menggunakan lemon dan halia

Sekiranya anda berasa anda sering jatuh sakit, demam dan selesema, detox ini pasti akan membantu Anda. Apabila badan melalui proses Detox, semua organ utama dalam badan akan dibebaskan daripada bebanan Toksin dan dapat berfungsi seperti biasa.

Semua program detox akan membekalkan jumlah vitamin C Yang Sihat, Yang mau telah dibuktikan dapat di meningkatkan Sistem imun badan dan dapat melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit.

Perubahan yang anda akan mula lihat dalam hidup seharian anda:

  • tidak mudah terjangkit selesema atau batuk daripada orang lain
  • cepat sembuh dari sakit
  • membantu mengurangkan berat badan

Dengan memotong Gula dan makanan berlemak daripada Diet harian anda, ia menunjukkan impak terhadap berat badan dengan cepat. Toksin mempengaruhi kebolehan semulajadi badan untuk membakar lemak nya dan membawa kepada peningkatan berat badan. Apabila makanan tidak dicerna dengan baik, misi mengurangkan berat badan Menjadi lebih sukar.

Perubahan yang anda akan mula lihat dalam hidup seharian anda:

  • anda dapat memakai seluar yoga dengan senang
  • Program Detox akan membuatkan kiraan berat badan pada penimbang berat turun dengan cepat
  • pengurangan berat badan yang stabil
  • memperlahankan proses penuaan

4. Detox memperlahankan proses penuaan

Dengan mengurangkan jumlah toksin dan kerosakan radikal bebas dalam badan, anda akan mula menyedari kedua-dua manfaatnya dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa yang panjang.  Apa itu radikal bebas? Radikal bebas ialah elektron yang tidak lengkap yang membawa kepada kemudaratan kepada kesihatan bandan anda dan proses penuaan. Jangan risau, anda dapat melawan radikal bebas ini dengan antioksidan yang kuat dengan memakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Antioksidan akan membantu anda kelihatan lebih muda dan sihat di samping memperlahankan proses penuaan.

Perubahan yang anda akan mula lihat dalam hidup seharian anda:

  • kurang kedutan pada wajah anda terutamanya sekitar mata dan dahi
  • kurang beg pada bawah mata anda

5. Kulit lebih Cerah dan Licin

Toksin persekitaran dan pemakanan juga memberi kesan negatif terhadap organ terbesar badan kita iaitu kulit.  Membuang toksin daripada badan kita dapat membantu mengurangkan jerawat, menguatkan kuku dan rambut, dan dapat membuatkan anda kelihatan lebih sihat dan berseri secara semula jadi. Apabila toksin meninggalkan badan anda melalui kulit, biasanya anda akan melihat lebih banyak kulit mati dan jerawat untuk beberapa hari. Anda tidak perlu risau. Ia akan beransur pulih beberapa hari kemudian dan anda akan melihat hasil yang cukup memuaskan hati anda. Kulit anda akan kelihatan lebih licin, halus, dan berseri-seri!

Perubahan yang anda akan mula lihat dalam hidup seharian anda:

  • warna kulit and kompleksi wajah anda semakin baik
  • kuku dan rambut tumbuh lebih cepat
  • jerawat semakin berkurangan.

6. Membantu menyekat keinginan memakan makanan manis dan berkarbohidrat

Ia adalah fakta umum di mana gula dan karbohidrat adalah secara biologinya boleh menyebabkan ketagihan. Gula telah dilaporkan boleh menyebabkan ketagihan 8 kali ganda berbanding dengan Cocaine. Inilah sebab mengapa ia sangat sukar untuk dilepaskan. Namun begitu, detox gula boleh membantu mengatasi masalah ini. Tidak ada cara lain untuk membuang keinginan ini selain daripada memotong ia daripada diet harian anda untuk sementara waktu. Masalahnya ialah ini boleh menyebabkan anda mula berasa lemas badan dan sakit kepala akibat daripada kesan pengeluaran gula daripada sistem bada nanda.

Oleh yang demikian, ia amat penting untuk anda menggantikan gula dan karbohidrat yang tidak sihat dengan resepi detox yang lebih berkhasiat.

Perubahan yang anda akan mula lihat dalam hidup seharian anda:

  • mempunyai keinginan untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • berasa tidak senang apabila mengamalkan pemakanan bergula dan karbohidrat yang tidak sihat kembali.

7. Memperbaiki kesihatan sistem pencernaan

Semasa mengamalkan detox, badan akan mengeluarkan sisa berlebihan di dalam usus dan sel-sel lemak.  Cara utama ini berlaku adalah melalui peningkatan serat yang seiringan dengan penyahtoksinan.  Serat membantu untuk membersihkan usus besar dan membawa  mana-mana toksin yang telah terkumpul.

Selain itu,  Ia juga meningkatkan fungsi hati dan buah pinggang yang bertanggungjawab untuk memproses makanan yang anda makan.

Dengan cara ini, tubuh dapat menyerap lebih banyak vitamin dan nutrien dari makanan yang anda hadam.

Perubahan yang anda akan mula lihat dalam hidup seharian anda:

  • lebih stabil dalam rutin harian
  • mempunyai tenaga segera daripada makanan
  • mengekalkan tabiat yang sihat

8. Menyahtoksin badan untuk menubuhkan tabiat makan yang sihat

Menjadi sihat selama 10 hari mungkin tidak akan memberi impak besar kepada kehidupan anda, tetapi menjadi sihat selama 100 hari pasti akan memberikan kesan yang besar kepada anda. Kunci untuk bagaimana memakan makanan yang bersih dan menjadi sihat berkesan untuk anda adalah dengan cara membina tabiat yang boleh anda lalui sepanjang hayat anda. Itulah sebabnya program detoks perlu dijadikan sebagai batu loncatan pertama anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Apabila anda membersihkan badan (melalui detox) dan menggantikan makanan lama dengan pilihan makanan yang lebih sihat, anda boleh melatih diri anda untuk menjadikan kesihatan anda sebagai satu keutamaan dalam hidup anda.

Perubahan yang anda akan mula lihat dalam hidup seharian anda:

  • lebih prihatin tentang pemakanan anda dalam matlamat jangka masa panjang anda
  • bangun awal pagi dan membuat keputusan yang sihat

10. Membuat DIY minuman detox anda sendiri untuk keseronokan dan kesihatan

Cara yang paling baik ialah dengan mencuba salah satu daripada resepi-resepi DIY.  Anda boleh memulakannya  dengan menggantikan makanan ringan tengah hari anda dengan salah satu minuman ini. Anda pasti akan mula berasa lebih baik daripada sebelum ini  dan mengetahui keberkesanan detox terhadap badan anda. Selepas seminggu melakukan Ini, anda bolehlah memulakan program detox yang lebih besar.

Anda boleh membuat Diy minuman Detox anda sendiri untuk keseronokan dan pembersihan sistem badan anda.Resepi tembikai dan daun pudina adalah resepi berperisa  yang kaya dengan Vitamin C dan lycopene. Lycopene adalah antioksidan yang kuat. Ia dikenali sebagai  antioksidan yang mempunyai sifat untuk melawan kanser dan memberikan tembikai warna merah membara. Tembikai mengandungi khasiat yang lain dan ia dianggap sebagai 23 makanan ya g berkhasiat di planet kita.

Tidak dapat disangkalkan lagi, dengan menggantikan makanan ringan anda dengan minuman ini, ia pasti akan membawa suatu keajaiban bagi kesihatan anda!

Tips : elakkan daripada meletakkan daun pudina secara berlebihan kerana ia akan mengganggu perisa minuman ini. MulakN dengan menambahkan 5-10 helai daun pudina dan sekiranya anda memerlukan rasa pudina yang lebih anda boleh menambahkannya satu demi satu sehingga mencapai rasa yang anda inginkan.

Bahan-bahan: tembikai, daun pudina, air dan kiub ais

Resepi air lemon dan daun pudina

Resepi lemon dan timun mempunyai banyak faedah-faedahnya dan dengan meminum air lemon ini sahaja dapat memberikan anda kesan yang baik untuk anda.resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan pengganti kepada makanan ringan anda, tetapi juga baik untuk dijadikan minuman pagi. Sekiranya anda seorang yang selalu mempunyai keinginan bergula dan berkarbohidrat setiap kali anda bangun, ini adalah jawapannya! Lemon mengandungi pectin, ia dapat membantu untuk menggurangkan selera lapar anda dan sekaligus memberikan anda sedikit sebanyak kawalan anda kembali dalam pemilihan makanan.

Selain itu, resepi ini juga membantu kulit anda keran timun mengandungi silica, yang mana ia adalah mineral yang penting. MinerL ini sangat dikenali akan sifat anti-penuaannya.

Tips: mulakan dengan separuh lemon yang dihiris dan pastikan anda meminumny dengan menggunakan straw. Walaupun lemon amat baik untuk tubuh anda secara menyeluruh, tetapi ia boleh merosakkan lapisan enamel pada gigi anda. Jadi, pastikan anda memakai straw dan pastikan anda terus menelan air ini, jangan kumur di dalam mulut anda.

Bahan-bahan:

½ lemon, timun, daun pudina, air dan kiub ais

Cuba untuk aplikasikan minuman-minuman ini ke dalam diet harian atau mingguan anda untuk mengekalkan kesihatan yang ekstra dan kuat.

Jika anda inginkan penurunan berat badan yang PANTAS dan SIHAT serta bersedia untuk membina beberapa tabiat pemakanan sihat Seumur hidup anda, Cabaran 15 – Hari Lose Weight kami adalah sumber yang hebat dan harus ada dalam amalan hidup anda !.

Ramai orang telah kehilangan dalam purata 5 – 7 kilogram dalam 15 hari dan benar-benar menyukainya! kami telah menerima Maklum balas yang positif dari orang-orang tentang bagaimana program itu mengajar mereka cara mengubah kebiasaan makan mereka dan mencari diet yang benar-benar berfungsi untuk mereka dalam jangka panjang.

Kami mempunyai lebih daripada 1,000 orang dalam kumpulan sokongan peribadi dalam program ini, dan mereka berkongsi pengalaman, hasil, motivasi, dan banyak resepi! Jika anda sudah bersedia untuk membuat beberapa perubahan dalam hidup anda, ini adalah tempat yang TEPAT dan HARUS anda mulai bermula dari sekarang. Kami akan mengajar anda dengan tepat bagaimana membuat perubahan yang sepatutnya dalam diet dan gaya hidup anda. Klik DI SINI untuk memulakan Cabaran 15 Lose Weight – Hari  anda hari ini!

Leave a Reply

×

Cart