6 Jenis Senaman HolyGrail untuk Kempiskan Perut Dalam Masa 20 Minit!

Sebelum itu, anda mesti panaskan badan (warm-up) terlebih dahulu!!

Kenapa?

Sebab pemanasan badan membantu dalam mempercepatkan lagi pembakaran kalori serta mengelakkan sakit-sakit badan apabila terus melakukan senaman tanpa regangan badan. Flat Abs Workout adalah satu senaman yang luar biasa untuk abs anda! Terdapat 6 langkah yang anda boleh lakukan selama satu minit untuk setiap satu, dan kemudian anda akan mengulangi keseluruhan senaman sebanyak tiga kali.

6pack exercise

Apa yang anda perlukan ialah:

  • Tikar Yoga
  • Tempat yang selesa
  • jam randik

Ayuh, ikuti 6 langkah berikut:

1. Senaman V-Ups:

Mulakan langkah pertama dengan berbaring di atas lantai atau tikar yoga dan perlahan-lahan menaikkan lengan untuk menyentuh lutut anda, membentuk V. 

Ketatkan otot abdomen anda bergantung kepada strength core supaya anda kekal seimbang dalam kedudukan ini. 

Tahan untuk seberapa lama yang boleh. Ulangi langkah ini sebanyak mungkin dalam tempoh satu minit.

2. Senaman Russian Twists

Ini sangat baik untuk obliques dan bahagian atas abs anda. 

Russian Twist bagus untuk membakar lemak di perut dan merampingkan pinggang kita. 

Anda boleh melakukan pergerakan badan ke kiri dan kanan secara memutar. Lakukan selama 30 saat atau lebih. 

Elakkan untuk melakukan pergerakan memutar secara pantas dan kekalkan rentak kiraan anda untuk setiap pergerakan.

3. Senaman Superman

  • Mulakan dengan baring di atas lantai atau tikar yoga, kemudian regangkan tangan dan kaki anda.
  • Angkat kedua-dua kaki dan lengan pada masa yang sama, sambil melenturkan belakang anda.
  • Kekal dalam kedudukan ini selama beberapa saat.
  • Kembali ke kedudukan awal.

Ulangi langkah ini sebanyak mungkin dalam tempoh satu minit.

4. Senaman Plank

Tidak ramai yang rajin untuk buat senaman plank tetapi ini cara terbaik dan mudah untuk kempiskan perut buncit dan mendapatkan bentuk badan yang ideal. 

Anda ingin mengetahui apa sebenarnya senaman plank?….. Senaman ini boleh menjadi pilihan efektif kerana anda tidak memerlukan banyak waktu untuk melakukan senaman ini. 

Mulakan dengan posisi plank dan gerakkan kaki anda ke sisi (side plank) secara selang-seli. 

Anda boleh ulangi langkah ini sebanyak mungkin dalam tempoh satu minit. 

5. Senaman Crunches

Senaman jenis crunch mampu menghilangkan lemak di bahagian perut. Saya pasti kita semua tahu bagaimana untuk melakukan senaman crunch ini dengan baik.

  • Mulakan dengan keadaan berbaring di lantai, kaki sedikit bengkok di bahagian lutut dan kedua belah tangan diletakkan di belakang kepala.
  • Kemudian angkat bahu dan badan daripada lantai dengan mengekalkan bahagian belakang badan tetap di lantai. Lakukan langkah ini sambil menghembuskan nafas.
  • Perlahan-lahan turunkan semula badan ke posisi asal sambil menarik nafas. Lakukan langkah ini dengan perlahan untuk memastikan otot abs digunakan sepenuhnya.

Anda boleh ulangi langkah ini sebanyak mungkin dalam tempoh satu minit.

6. Senaman Toe Touch CrunchesS

Senaman toe touch crunches ini baik untuk keseluruhan otot abs dan meningkatkan fleksibiliti otot hamstring di bahagian kaki. 

Mula dengan keadaan berbaring di lantai. 

Naikkan kedua belah kaki pada sudut 90 darjah. 

Dengan kedua belah tangan lurus, dan sentuh kedua belah kaki. Perlahan-lahan kembali ke posisi asal dan ulang mengikut jumlah reps yang bersesuaian.

Mudah bukan? 

Masa untuk melakukan setiap senaman juga tidak mengambil masa yang lama. Hanya 20 MINIT sahaja! 

Jika anda berminat menurunkan berat badan dengan cepat, tidak ada penyelesaian yang lebih baik daripada menyertai program popular kami iaitu Cabaran 15 Hari Menurunkan Berat BadanJom SERTAI SEKARANG!

Leave a Reply

×

Cart