7 Faedah Kesihatan Mengamalkan Air Timun

Tahukah anda? Segelas air timun yang menyegarkan dapat memberikan banyak faedah terhadap kesihatan anda?

Air timun adalah salah satu minuman yang pertama harus anda fikirkan apabila anda berasa haus.

Segelas air timun senang sangat senang untuk disediakan dan mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan kepada tubuh badan kita. Ia juga termasuk dalam senarai makanan 0 kalori untuk mengurangkan berat badan dan penuh dengan pelbagai jenis vitamin dan nutrisi.

Berikut adalah semua manfaat serta beberapa resepi yang boleh anda cuba semasa mengasimilasikan air timun dalam diet harian anda;

1. Menyokong kesihatan kulit

Air timun membekalkan pelbagai nutrisi, dan salah satunya adalah nutrisi yang dipanggil sebagai SilicaSilica adalah nutrisi yang baik untuk menyokong kesihatan kulit kita.

Nutrisi ini membantu kulit kita untuk memperbaiki hidrasi dan keanjalan kulit kita. Selain daripada itu, dengan meminum air, secara umumnya adalah kunci utama untuk mengekalkan kulit sentiasa hidrasi dan sihat.

Selepas meminum air timun ini, timun ini juga boleh digunakan secara luaran dengan menyapukan ia pada kesan parut ataupun dengan meletakkan ia pada mata sebagai sebahagian ‘face mask’. Ia juga boleh dimakan terus!

2. Hidrat

Seperti yang terdapat dalam point yang #1, air timun juga dapat membantu untuk memastikan badan sentiasa kekal hidrat.

Hidrasi membantu kulit kekalkan keanjalan, merendahkan risiko stress serta meningkatkan tenaga badan kita.

Air timun juga dapat membuatkan rasa air lebih baik, yang mana akan membantu anda untuk minum lebih banyak dan memilih air daripada pilihan lain yang tidak mempunyai manfaat secara kesihatan.

Pastikan anda meminum air yang telah ditapis dan dibersihkan untuk menghindari daripada bahan tercemar di dalam air paip.

3. Mengandungi nutrisi yang melawan cancer

Timun mengandungi cucubitacins ( sejenis phyto-nutrient), yang mana telah memperlihatkan potensinya dalam mengubati kanser dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh INTERNAL JOURNAL OF HEALTH SCIENCE.

Nutrisi ini tidaklah mempunyai keupayaan yang cukup kuat untuk menghentikan Kanser secara sendiri tetapi boleh digunakan sebagai suplemen bagi diet kesihatan kita.

Apabila badan mengambil vitamin, mineral dan nutrisi seperti cucurbitacis, ia meningkatkan kebarangkalian untuk kekal sihat dalam masa yang berpanjangan.

4. Membantu mengurangkan berat badan

Air timun juga membantu untuk menghilangkan rasa dahaga dan menghindari anda daripada berterusan untuk menginginkan minuman manis yang mengandungi kalori yang tinggi.

Ini adalah cara yang paling mudah untuk mengurangkan kalori daripada diet harian anda!

Timun juga mempunyai sedikit  bahan diuretik (diuretik adalah bahan yang menggalakkan perkumuhan air daripada badan), yang mana akan membantu perut kembung dan mengeluarkan berat badan air yang berlebihan dari dalam badan anda.

Tambahan pula, air tambahan di dalam diet harian anda dapat membantu membuang toksin yang berbahaya daripada badan dan menggalakkan pengambilan nutrisi yang optimum.

5. Mengurangkan tekanan darah

Ya! Jangan pandang timun dengan sebelah mata sahaja. Timun juga merupakan sumber potassium yang terbaik di mana ia memperlihatkan kegunaanya dalam pengurangan tekanan darah yang sangat ketara.

Ini dapat membantu anda untuk menghindari penyakit seperti strok, serangan jantung dan kehilangan penglihatan.

Timun juga tidak mempunyai sebarang sodium (Na), ini bermaksud ia dapat membantu mengawal tekanan darah badan.

Badan kita memerlukan untuk kekal hidrasi dan potassium dapat membantu untuk mengekalkan kadar gula dalam badan kita rendah dan air timun adalah sumber yang terbaik untuk kedua-duanya ini.

6. Mengandungi nutrisi anti-penuaan

Timun mengandungi pelbagai antioksidan flavonoid termasuklah quercetin, apigenin, luteolin, dan kaempfero.

Ia juga mengandungi phytonutrients( bahan yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu melindungi tumbuhan daripada bakteria, fungi, kumbang dan musuh yang lain.) seperti lignans yang mempunyai anti-radang dan anti-kanser yang kuat membawa manfaat kepada badan.

Nutrisi ini membantu melawan ‘radikal bebas’( zarah yang bereaksi tinggi-higly reactive-), jangka masa yang pendek dan mempunyai electron akhir dalam atom yang tidak mempunyai pasangan) daripada berkembang dalam badan dan menghindari badan daripada mengalami penuaan awal.

7. Baik untuk otot

Mineral silica bukan sahaja membantu untuk mengekalkan kesihatan kulit; ia juga memainkan peranan penting dalam membantu mengekalkan tisu penghubung (connective tissue) dalam keadaan yang sihat.

Fungsi ini amat penting di dalam badan kita, terutamanya semasa membuat senaman atau yoga.

Tisu otot yang kurus juga akan dapat membantu badan membakar kalori, oleh sebab itu ia dapat memberikan manfaat tambahan dalam bahagian pengurangan berat badan.

Jadi, kita boleh simpulkan bahawa ia adalah idea yang sangat baik untuk mengamalkan segelas air timun selepas senaman rutin harian.Sekarang anda sudah tahu akan manfaat kesihatan Air timun, mari lihat 3 resepi yang lazat untuk anda cuba di rumah: 

1. Strawberi, timun dan air pudina

Bahan-bahan: 6 hiris strawberi, 5 hiris timun, dan 4 helai daun pudina

Strawberi sangat sesuai untuk digabungkan Bersama air timun dan ia dapat meningkatkan perisa dan antioksidan. Untuk mendapatkan perisa yang lebih, hancurkan strawberi sebelum dimasukkan ke dalam gelas.

2. Timun, lemon dan air pudina

Bahan-bahan: 8 hiris timun, 4 hiris lemon, and 2 daun pudina

Timun dan lemon juga sesuai dipadankan bersama dan kebaikan air lemon sudah pun tular dan di ketahui secara umum. Segelas air yang segar ini sangat sesuai diminum pada waktu tengah hari semasa anda menginginkan sesuatu yang manis dan memerlukan sesuatu untuk mengekang keinginan anda.

3. Timun dan air kemangi

Bahan-bahan:  10 hiris timun and 5 daun kemangi (basil leaves)

Akhir sekali, resepi timun dan air kemangi ini sangat baik kesannya dan mempunyai kandungan Vitamin K yang tinggi. Daun kemangi mempunyai rasa yang kuat, jadi mulakan dengan 5 helai daun dahulu dan anda boleh menambahkannya sekiranya anda menyukai rasanya.

Tips untuk membeli dan menyimpan:

Apabila memilih timun, pastikan anda memilih timun yang mempunyai warna hijau yang gelap. Semakin gelap semakin  baik. Selain daripada itu, timun amat sensitif pada haba. Jadi pastikan anda memilih timun yang diletakkan dalam peti sejuk atau di kawasan yang sejuk. Letakkan ke dalam peti sejuk sehingga anda memerlukannya.

Tips untuk menyediakan:

Apabila anda ingin menyediakan ia, makan mentah-mentah dan anda tidak perlu risau untuk membuka bijinya. Ini adalah kerana ia kaya dengan sumber nutrisi. Timun sangat baik dan sesuai ditambahkan ke dalam salad dan selalunya terkenal dalam smoothies hijau.

Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan konsisten, kami mengalu-alukan anda untuk bersama-sama dengan kami dalam program Cabaran 15 Hari Lose Weight di mana anda boleh menurunkan lemak badan anda sehingga 7kg – 10kg dalam tempoh 15 Hari sahaja… Klik Di sini…

Leave a Reply

×

Cart