7 Tabiat untuk Hidup Dengan Lebih Mesra dan Sihat!!

Alangkah baiknya jika kita terus dilahirkan bahagia dan sihat, seperti badan kita tahu bagaimana untuk bernafas atau tidur secara automatik. (bukan tumatik ah). 

Malangnya, ini tidak berlaku dan kita perlu belajar bagaimana untuk membina tabiat yang menyokong kita secara fizikal dan emosi. Kita semua sedang mencari sesuatu yang boleh membantu kita untuk hidup lebih gembira dan sihat. 

Bahkan menjadi sangat sihat tidak selalunya memberikan kita suatu kebahagian, namun terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa terdapat hubung kait di antara kebahagiaan dan kesihatan. 

Jika anda sudah bersedia untuk membuat perubahan dalam hidup anda untuk menjadikan hidup anda lebih ceria dan bahagia, jom lihat 10 tabiat harian yang boleh membantu anda mencapai kedua-duanya ini.

hidup gembira

1. Semaikan Jiwa Anda dengan Makanan Sihat

Terdapat banyak kajian telah dilakukan tentang ini sehinggakan para penyelidik terpaksa menyusun semula semua kajian tersebut. Ianya menjadi satu analisis meta untuk mendapatkan gambaran yang besar. 

Mereka mendapati bahawa individu yang mengambil  makanan berlebihan seperti daging, gula, bijirin halus, tenusu dan karbohidrat seperti kentang mempunyai risiko dan kecenderungan yang lebih tinggi untuk mendapatkan kemurungan. 

Orang yang mempunyai diet dengan buah-buahan segar, sayur-sayuran, biji-bijian, minyak zaitun, dan daging tanpa lemak secara umumnya lebih bahagia dan kurang mendapat risiko kemurungan.

2. Praktikkan Amalan Berterima Kasih

Kata-kata Penghargaan terhadap perkara-perkara dan semua orang dalam kehidupan kita sentiasa membuat kita berasa lebih baik, dan terdapat banyak kajian sains untuk menyokong kenyataan ini. 

Dalam satu kajian, dengan menulis di dalam buku jurnal untuk menyatakan kesyukuran setiap hari menyebabkan peningkatan kebahagiaan sebanyak 15% dalam diri seseorang. 

Apa yang menarik tentang ini, ialah orang yang menulis dalam jurnal harian mereka dapat melihat peningkatan 5% kebahagian mereka. Nampaknya mengamalkan kesyukuran setiap hari benar-benar membuat perbezaan, bukan? 

Menulis semua perkara yang anda bersyukur selama lima minit setiap hari akan meningkatkan sikap positif anda dan membantu anda menghargai apa yang anda telah LAKUKAN, bukannya apa yang anda tidak lakukan. 

Ini boleh memberi impak kepada optimism anda, di samping memberikan kegembiran kepada anda seterusnya mempertingkatkan lagi hubungan anda dengan orang lain. Selain itu, ia sangat baik untuk kesihatan minda anda kerana ia mengurangkan tekanan.

3. Mendengar Secara Aktif

Apabila kita mempunyai interaksi yang sihat dan komunikasi yang baik dengan orang lain, kita secara umumnya lebih bahagia. Apabila kita berasa apa yang kita katakan didengar oleh orang lain, kita secara langsung akan berasa senang, dan apabila kita mempunyai kemahiran mendengar yang baik,  kita akan lebih mudah untuk belajar banyak perkara tentang orang disekeliling kita. 

Mendengar aktif adalah salah satu daripada asas komunikasi sihat dalam hubungan. Kita terlibat sepenuhnya dengan orang yang kita bicarakan, dan kita membenarkan otak kita untuk mendengar keseluruhan mesej yang mereka cuba sampaikan. 

Dalam kajian tahun 2015 yang melibatkan sebanyak 400 pelajar, kajian mendapati bahawa jika cara komunikasi mereka lebih sihat dan mereka dilaporkan lebih bahagia. pelajar-pelajar ini mendapati bahawa mereka lebih mudah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan merasakan lebih dekat dengan semua orang dalam kehidupan mereka.

4. Earthing atau Luangkan Masa dengan Alam Sekitar

Earthing (praktis untuk berhubung dengan alam sekitar),  bukan lagi menjadi suatu kebiasaan di masa kini. hakikatnya, ini sebenarnya dapat memperbaiki mood sebagai bonus, ia lebih sihat dan menenangkan. 

Ahli elektrofisiologi, Dr. Gaetan Chevalier telah menguji mood 40 orang.  Separuh daripada mereka diarahkan untuk meluangkan masa dengan alam sambil membuka kasut, dan memijak rumput dengan kaki mereka (sentuhan kulit).

Mereka semua kemudiannya diarahkan untuk bersantai di kerusi selama satu jam. Semua orang melaporkan perasaan sangat tenang, tetapi peserta yang melakukan earthing sebelum ini berasa lebih positif daripada yang tidak melakukannya. Anda tidak perlulah menggali dengan jari-jari kaki anda ke dalam pasir untuk berasa baik. Hanya luangkan masa dengan alam cukup, kerana ia dapat mengurangkan stress anda. Sinaran Matahari, udara segar, dan keindahan persekitaran semulajadi akan membantu anda berasa lebih tenang dan damai.

5. Melatih Kesedaran Diri

Ramai di antara kita berjalan kaki sepanjang hari tanpa memberi perhatian terhadap apa yang kita lakukan. Kita sering kali menggunakan Autopilot (bergerak dengan sendiri). 

Berapa kali anda sedar anda sering melihat telefon semasa berjalan-jalan, bekerja, atau makan? 

Kebanyakan kita terputus dari apa yang berlaku di dalam dan luar diri kita. Apabila kita mengamalkan kesedaran, kita menyedari banyak perkara yang berbeza sama sekali. 

Kita menjalani kehidupan kita, berjalan tanpa tujuan dan tanpa berhubung dengan apapun juga. ini sebenarnya boleh memberikan impak yang besar terhadap kebahagiaan dan kesejahteraan kita. 

Cuba letakkan telefon anda dan beri tumpuan penuh dengan apa yang anda lakukan, apa yang anda rasakan secara fizikal di mana pun anda berada sekarang, dan apa yang anda fikirkan

Buatlah amalan ini selama lima minit sehari dan lihat apa yang berlaku.

6. Memupuk Diri Anda Sendiri

Dunia ini boleh memberikan anda banyak tekanan dan sangat beracun, maka itulah sebabnya mengapa ia sangat penting untuk anda memberikan diri anda sendiri sedikit kasih dan sayang. 

Kebanyakan kita merassa keletihan dari pekerjaan harian yang berat, dan itu tidak baik untuk kesihatan dan kebahagiaan kita. Penjagaan diri yang baik bukanlah satu-satunya perkara yang anda perlukan untuk mengelakkan diri daripada kemudaratan. 

Satu kajian yang dilakukan di Connecticut menunjukkan bahawa jika anda tidak menambah rasa kasih sayang yang berkhasiat ke dalam diri anda, penjagaan diri yang sebenar kurang berkesan. 

Memupuk diri anda adalah bentuk seni yang terdiri daripada melakukan perkara seperti bercakap dengan diri anda sendiri dengan penuh kasih sayang (bukan bercakap dengan sendiri dan ketawa seorang diri, itu gila namanya), menetapkan batas yang sihat, dan manjakan diri anda dengan kebaikan. 

Tambahkan  itu ke dalam  rutin penjagaan diri yang sihat dan anda akan mula melihat perbezaan BESAR dalam hidup anda.

7. Berhenti Membandingkan Diri Anda kepada Orang Lain

Dunia teknologi yang serba canggih kini membuatkan kita lebih bergantung kepada alat teknologi yang ada, terutamanya telefon bimbit. dan saya yakin, setiap kita pasti ada banyak aplikasi media sosial.

Apabila anda scroll kebawah media sosial anda, ada dua sahaja kemungkinan yang anda hadapi: ia membuatkan anda merasa sangat bangga dengan bagaimana hidup anda sekarang ini berbanding dengan orang lain (hidung tinggi la katakan) atau benar-benar tersentap dengan kehidupan anda sekarang dan merasakan anda adalah orang yang paling teruk, membosankan atau tewas(lame, loser) di planet ini.

Sikap seperti ini tidak  akan memberi anda kebahagiaan. Mendefinisikan nilai diri anda berdasarkan kejayaan atau kesukaran orang lain membuat anda tertumpu kepada perkara-perkara luaran yang jarang membawa kegembiraan.

Perbandingan sedikit bukanlah perkara yang buruk, tetapi terlebih obses atau terlalu berfikir tentang apa yang orang lain ada, akan membuat anda rasa jatuh  dan makin menjauh. Media sosial adalah satu masalah besar dalam usaha mewujudkan kehidupan bahagia untuk diri anda sendiri.

Sains menunjukkan bahawa lebih banyak masa yang anda habiskan meneliti suapan media sosial anda, maka semakin rendah harga diri anda, imej badan, dan rasa kurang senangkan terhadap diri anda sendiri. Orang yang membuat keputusan untuk meninggalkan media sosial secara umumnya lebih bahagia dan merasa lebih baik tentang diri mereka selepas mereka menutup akaun mereka.

Jika anda inginkan penurunan berat badan yang PANTAS dan SIHAT serta bersedia untuk membina beberapa tabiat pemakanan sihat Seumur hidup anda, Cabaran 15 – Hari Lose Weight kami adalah sumber yang hebat dan harus ada dalam amalan hidup anda !.

Ramai orang telah kehilangan dalam purata 5 – 7 kilogram dalam 15 hari dan benar-benar menyukainya! kami telah menerima Maklum balas yang positif dari orang-orang tentang bagaimana program itu mengajar mereka cara mengubah kebiasaan makan mereka dan mencari diet yang benar-benar berfungsi untuk mereka dalam jangka panjang.

Kami mempunyai lebih daripada 1,000 orang dalam kumpulan sokongan peribadi dalam program ini, dan mereka berkongsi pengalaman, hasil, motivasi, dan banyak resepi! Jika anda sudah bersedia untuk membuat beberapa perubahan dalam hidup anda, ini adalah tempat yang TEPAT dan HARUS anda mulai bermula dari sekarang. Kami akan mengajar anda dengan tepat bagaimana membuat perubahan yang sepatutnya dalam diet dan gaya hidup anda. Klik DI SINI untuk memulakan Cabaran 15 Lose Weight – Hari  anda hari ini!

Leave a Reply

×

Cart