Asas Makanan Bersih – 5 Langkah Mudah untuk bermula

asas makanan bersih

1. Tetapkan Matlamat Anda

Menambah sayur-sayuran hijau untuk diet akan mengurangkan nafsu memakan makanan segera (fast food) malah meningkatkan tahap tenaga dalam badan anda. 

Mulakan dengan memakan sayur-sayuran untuk dua kali sehari. 

Tambahkannya sebagai pembuka selera atau hidangan sampingan. Anda boleh memulakan dengan mengambil sayuran seperti kale, bayam, atau salad romaine. 

Matlamat utama adalah untuk memulakan mengambil sayuran hijau sebagai asas makanan anda setiap hari.

2. Membeli barangan di setiap sudut kedai runcit

Setiap kedai mempunyai perbezaan, tetapi penyusunan umumnya ialah sayur-sayuran, daging, dan hasil segar semuanya terletak di sudut hujung kedai. 

Makanan yang tidak diproses dan dibungkus akan terletak di tengah. Manakala kedai runcit direka untuk memastikan pelanggan berkeliaran kerana semakin lama mereka berada di kedai, semakin banyak makanan yang mereka beli. 

Elakkan berjalan di lorang makanan ringan untuk mengurangkan risiko daripada membelinya.

3. Letakkan banyak warna pada setiap pinggan.

Warna-warni adalah  sebahagian daripada keindahan alam. Tetapi ia bukanlah satu keindahan apabila adanya bahan pewarna dalam bijirin biasa atau makanan anda yang lain.

Jangan risau, ini tidak bermakna anda tidak boleh menjadikan hidangan anda lebih menarik dan berwarna warni.  anda sebenarnya boleh, dengan cara yang sihat tanpa melibatkan apa-apa bahan pewarna! 

Warna yang berbeza menandakan berlainan vitamin dan mineral yang terkandung dalam makanan tertentu. 

Tomato mendapat warna merah cerah dari lycopene, yang merupakan fitokimia yang melawan kanser yang kuat, sementara lobak mendapat warna oren cerah dari karotena, yang merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam kesihatan mata. 

Dengan menggabungkan sayur-sayuran berwarna yang berbeza kepada pinggan, makanan tidak hanya akan menjadi cantik, malah lebih sihat daripada sebelumnya.

4. Minum minuman yang sihat

Majoriti penduduk di dunia bukan sahaja mengalami masalah dehidrasi, mereka juga mengalami kesukaran untuk berhenti daripada menghidrasikan diri mereka dengan minuman yang salah! ewwww. 

Sebahagian besar asas pemahaman  makanan bersih adalah mengetahui apa yang harus diminum apabila minuman tidak sihat bukan suatu pilihan. 

Minuman manis dan soda untuk diet, penuh dengan pemanis tiruan dan bahan kimia akan menyebabkan kerosakan yang kekal terutamanya pada bahagian usus perut badan serta meningkatkan berat badan yang seterusnya akan menyumbang kepada masalah obesiti.

5. Mulakan dengan resipi asas dan barangan makanan.

Permulaan terbaik untuk memulakan makanan sihat adalah dengan mencuba beberapa resipi mudah. 

Sebagai contoh, mulakan dengan membeli makanan yang mudah dan senang didapati seperti pasar sayur dan supermarket

Membeli di kedai yang menjual barangan aneh dan eksotik bukanlah cara yang baik untuk memulakan makan sihat.

Ini adalah 5 langkah paling penting dalam memahami asas makanan yang bersih dan bermula!

Jika anda inginkan penurunan berat badan yang PANTAS dan SIHAT serta bersedia untuk membina beberapa tabiat pemakanan sihat Seumur hidup anda, Cabaran 15 – Hari Lose Weight kami adalah sumber yang hebat dan harus ada dalam amalan hidup anda !.

Ramai orang telah kehilangan dalam purata 5 – 7 kilogram dalam 15 hari dan benar-benar menyukainya! kami telah menerima Maklum balas yang positif dari orang-orang tentang bagaimana program itu mengajar mereka cara mengubah kebiasaan makan mereka dan mencari diet yang benar-benar berfungsi untuk mereka dalam jangka panjang.

Kami mempunyai lebih daripada 1,000 orang dalam kumpulan sokongan peribadi dalam program ini, dan mereka berkongsi pengalaman, hasil, motivasi, dan banyak resepi! Jika anda sudah bersedia untuk membuat beberapa perubahan dalam hidup anda, ini adalah tempat yang TEPAT dan HARUS anda mulai bermula dari sekarang. Kami akan mengajar anda dengan tepat bagaimana membuat perubahan yang sepatutnya dalam diet dan gaya hidup anda. Klik DI SINI untuk memulakan Cabaran 15 Lose Weight – Hari  anda hari ini!

Leave a Reply

×

Cart