Berpuasa selama 24 Jam untuk Menurunkan Berat Badan – Adakah ianya selamat?

Sejak kebelakangan ini, berpuasa telah menjadi popular dalam kalangan pengamal kesihatan. Ramai di antara anda mungkin tertanya-tanya mengenai puasa 24 jam untuk menurunkan berat badan: Adakah ia selamat? Sejauh mana keberkesanannya?

24jam puasa

Walaupun trend sentiasa berubah dalam dunia diet dan penurunan berat badan , puasa adalah salah satu komponen gaya hidup sihat yang boleh diamalkan.

Banyak doktor, pakar pemakanan, dan pakar kesihatan berkongsi mengenai kebaikan berpuasa. Berpuasa membantu mendapatkan fungsi otak yang lebih baik, mengurangkan tahap tekanan, sistem imun yang lebih baik, dan juga menurunkan berat badan (apabila diamalkan dengan betul)

Sebelum kita pergi lagi mendalam mengenai berpuasa dalam artikel ini, saya ingin mengkongsikan kepada anda secara peribadi mengenai pengalaman saya berpuasa dan bagaimana saya mengamalkannya dan melihat keberkesanannya yang luar biasa. 

Saya mula-mula melakukan puasa dalam jangka masa yang singkat dan pernah berpuasa selama 24 jam pada tahun lepas dan mendapat hasil yang positif serta mencapai kejayaan yang saya inginkan. 

Berpuasa juga sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada program penurunan berat badan yang kami selitkan di dalam program Cabaran 15 Hari menurunkan berat badan. 

Percaya atau tidak? 

Anda harus menyertai program ini dan hasilnya tidak akan menghampakan anda. Anda cuba bayangkan, jika sebelum ini anda memakai size XL, tidak mustahil anda boleh memakai saiz M selepas anda menyertai program ini!

Tidak ada yang perlu anda risaukan sebelum anda mencuba dan melihat keberkesanannya sendiri.  Ini adalah apa yang saya rasakan mula-mula mengenainya (sedikit takut dan bimbang), tetapi selepas mendalami dan mengalaminya sendiri, saya benar-benar suka dengan program cabaran 15 hari menurunkan berat badan!

Saya dapati, saya suka berpuasa seketika/berselang-seli (intermittent fasting) di mana saya tidak mengambil sarapan pada waktu pagi dan hanya akan makan menjelang waktu makan tengahari. 

Namun, berpuasa selama 24 jam juga baik untuk detoks dan menetapkan semula sistem badan anda.Semasa membaca artikel ini, Anda cuma perlu ingat ini! 

Sama ada tujuan utama anda berpuasa adalah untuk detoks, mengurangkan makan makanan yang diproses, mengurangkan pengambilan gula, atas sebab-sebab agama atau rohani, dan untuk menurunkan berat badan, kandungan artikel ini adalah mengenai sains dan sejauh mana berpuasa ini selamat untuk anda. 

Kami akan membantu anda menjawab persoalan tersebut!

Adakah berpuasa selama 24 jam adalah sebuah trend atau kaedah yang sah dan selamat untuk menurunkan berat badan?

Kami akan membincangkan beberapa hasil penyelidikan yang meliputi topik kontroversi ini dan berkongsi apa yang kami telah belajar mengenai 24 jam berpuasa.

Apakah sebenarnya berpuasa selama 24 jam ini???

Puasa 24-jam, yang juga dikenali sebagai  “intermittent fast”, menjadi kaedah penurunan berat badan paling popular bagi golongan yang melalui cabaran yang sangat sukar untuk menurunkan berat badan.

Menurut artikel NPR mengenai hal ini, puasa boleh mengurangkan berat badan dan menekan rangsangan insulin. Pakar endokrinologi juga menyatakan bahawa puasa boleh mengurangkan pengambilan makanan yang manis.

https://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=16513299 (anda boleh baca di sini lebih lanjut mengenai artikel NPR)

Seterusnya, puasa juga tidak melibatkan makanan produk sampingan. Apabila kita mengambil makanan, kita bukan sahaja menggunakan tenaga, tetapi juga bebas dari radikal dan komponen lain.

Apabila mempersoalkan tentang selamat atau tidak berpuasa selama 24 jam, Roger Collier dalam penyelidikannya menyatakan bahawa berpuasa tidak selamat (bahkan berbahaya) apabila orang melakukannya dengan cara yang tidak tepat.

Masalahnya terletak pada kecenderungan seseorang untuk berfikir bahawa apabila mereka berpuasa, ianya menetapkan semula sistem badan dan membolehkan mereka untuk terus mengambil makanan ringan di luar dari berpuasa.

Ianya bukan sahaja tidak sihat, malah berbahaya. Ini disebabkan, nutrien penting dalam badan anda sebelum atau selepas berpuasa, menghalang kemampuan tubuh untuk menggunakannya.

Adalah penting untuk ambil perhatian untuk anda yang berpuasa setiap hari (intermittent fast), terutamanya mereka yang menjamah makan malam sebelum tidur dan tidak akan makan sehingga sarapan pagi. Anda akan berpuasa secara langsung semasa anda sedang tidur.Terdapat banyak manfaat berpuasa…………Puasa boleh:

  • Membantu anda mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap stres
  • Bantu mencegah Kanser
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imun anda
  • Meningkatkan jangka hayat anda
  • Meningkatkan kadar pertumbuhan hormon
  • Mengekalkan tisu otot tanpa lemak
  • Dan banyak lagi!

Sejauh mana keberkesanan berpuasa??Apabila anda ingin berpuasa, sebaiknya anda memilih hari ketika diri anda dalam keadaan sihat untuk mengelakkan anda mengalami keletihan atau kesan sampingan yang lain. Anda perlu minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.

Apa yang paling terbaik untuk peserta kami yang menyertai program Cabaran menurunkan berat badan dalam masa 15 hari adalah, berpuasa pada hari yang anda benar-benar sibuk. Jika dalam satu hari penuh dengan kesibukan kerja, ianya sesuai untuk anda kerana ianya akan menjauhkan anda daripada berfikir tentang makanan!

Masa terbaik untuk memulakan puasa adalah selepas makan malam (katakan pukul 7 malam), dan kemudian anda tidak makan lagi sehingga sarapan pagi. Dengan cara ini, anda sedang tidur sambil berpuasa!

Secara umumnya, berpuasa bukan bermaksud anda tidak boleh mengambil sebarang air. Adalah lebih baik anda minum kopi (tanpa gula atau susu), air lemon atau air yang dicampurkan dengan Apple Cider Vinegar. Pada masa ini, anda tidak boleh mengambil apa-apa makanan atau minuman yang berkalori atau anda akan melanggar puasa anda.Adakah berpuasa selama 24 jam selamat?

Nah, kami telah menjelaskan semua faedah di atas! Anda masih tidak yakin?

Ia tiada kesan sampingan  dan selamat. Mari kami terangkan …

Apabila berpuasa untuk jangka panjang, pakar-pakar NPR mengatakan, terdapat potensi untuk protein toksik untuk dilepaskan ke dalam badan. Ini berlaku disebabkan badan dalam starvation mode, yang bermaksud berlaku burning muscle.

Pembakaran lemak berlaku pada kadar yang berbeza untuk tubuh setiap individu, jadi penting untuk tetap berhati-hati ketika berpuasa, atau anda mungkin memasuki starvation mode, mengalami pening dan gejala negatif yang lain.

Satu nota tambahan yang dibuat oleh artikel Precision Nutrition adalah, bahawa faedah puasa yang dilihat mungkin disebabkan dari amalan pemakanan yang biasa. Sebagai contohnya, kajian controlled calorie  cenderung untuk menunjukkan peningkatan dalam kesihatan dan keseluruhan tubuh badan apabila pengambilan kalori yang berlebihan dikurangkan

Jika kita menggabungkan puasa berkala dengan pengambilan kalori biasa, ini akan mengimbangkan pengambilan kalori anda. Anda akan membakar lebih banyak kalori daripada apa yang anda makan

Secara keseluruhan, mengurangkan pengambilan kalori boleh menjadi pertaruhan terbaik untuk merangsang penurunan berat badan anda, tetapi menggabungkan puasa dengan pengambilan makanan yang sihat adalah benar-benar diyakini selamat…

Guys…..jika anda ingin mencuba untuk berpuasa dalam hidup anda dengan cara yang selamat dan dikawal, saya menggalakkan anda untuk menyertai program kami iaitu Cabaran 15 Hari Menurunkan Berat Badan. Jom SERTAI kami sekarang! Sahut cabaran kami untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas.

Leave a Reply

×

Cart